Wednesday, July 10, 2013

PERGIMU TIADA PENGGANTI

Assalamualaikum…
Hye semua!!

Fuhhh, kejap nak ambil vacuum nak sedut semua sawang2 yang ada kat sini. And as usual lama gila tak update. Kira2 dua tahun uolss. Perubahan aku 360 sepanjang 2 tahun ni. Aiceh, perasan saja! So besties aku ada yang dah kahwin, ada yang dah nak kahwin. Ada yg sweet single lagi macam aku! Hewhew And my very best friend dah pergi menghadap Ilahi. Aku tak tau kenapa aku nak cerita tentang ni untuk entry 1st aku tahun 2013 ni. Cuma aku nak nyatakan yg aku terlalu, amat dan tersangat rindu pada arwah...

Nik Najwa binti Wan Yusof 
  

Hanya Allah je yang tau betapa baiknya arwah pada kawan2 dia. And sepanjang 4 tahun aku hidup bersama arwah semasa di UTM aku tak pernah ada perasaan marah langsung dengan arwah sebab dia adalah penjaga hati yang terbaik. Lalu Allah menjemputnya dulu sebelum kami.  Serius aku susah nak terima pada mulanya, sebab aku umpama hilang salah salah seorang ahli keluargaku sendiri. Sebab aku tak ada adik beradik perempuan. So everything memang aku share dengan arwah je. Tapi aku tau, di sisi Allah adalah tempat yang paling selamat buatnya. And aku tau lagi besar dugaan yg menimpa keluarga arwah berbanding aku, lalu aku redha. Aku hanya seorang sahabat yg akan merindui dan sentiasa mendoakanmu, hanya dari jauh Juwa.. 


Sy memohon maaf bagi pihak arwah jika arwah pernah melukakan hati sesiapa di antara kita.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Tidak akan berkurangan harta dengan bersedekah, tidak akan bertambah ke atas seseorang hamba dengan sebab memberi kemaafan melainkan bertambah kemuliaan dan tidak akan tawaduk merendah seseorang terhadap Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Riwayat Muslim no. 2588)

Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman di sisi mu Allah. 
Al-Fatihah! 

Curahan ikhlas dari hati dengan penuh kasih sayang...