Saturday, April 30, 2011

bila rasa..

...BOSAN!  
Hello there, Assalamualaikum...

Serius tak tahu nak buat apa. Apa yang menarik hujung minggu ni? Terasa nak pusing-pusing Jay Bee since tinggal berapa hari je lagi dekat sini. Aaaaa Tak sanggupnya nak lalui saat-saat tuh. Macam mana. Macam mana. Macam mana. Mesti rindu diorang-diorang nih nantiii! :(

 Masa 1st year nih. Erk! Muka budak-budak lagi semua.
Sara, Ieka, Wawa, Im, Juwa 

Masa 1st year rapat jugak dengan diorang. 
Ni semua gara-gara kursus keusahawanan yang kitaorang join dekat Pee Dee :)

Masa 2nd year, close berlima. Sebab bilik semua sebelah-sebelah je. Eh, ieka is missing in this pict ! huhu 

Yea righttt. Nak tau kenapa gather kali ni? 
Diorang nih jadi penyokong kita yang tak berapa hebat nak nyanyi ni masa KP Idol. 
Thanks korangggg. hee

Yeaaaaahh! Birthday Niswa. So, ni surprise party untuk dia la. Yang paling best sebab ada acara-acara baling tepung nih. So memang dah taulah kan takkan ada sapa yang akan pulang ke bilik dengan keadaan yang bersih. haha

So dengan adanya mereka-mereka nih macam mana boleh tak sedih kalau nak berpisah? Isk~ Kalau boleh ade time machine, boleh main-main je tukar-tukar masa. Kan best! Atau kalau-kalau boleh cipta mesin yang boleh stay kan diorang nih tak pergi mana-mana dah. Macam tuh pun best juga. Tapi kalau jelakan. Tapi tak pe kehadiran diorang sikit pun tak cacatkan masa remaja kuhhh! :)

Jumpa lain entry ya, 
Terimakasih!

Thursday, April 14, 2011

I believe in Miracle *Chris Medina*

Haii Semua!
Assalamualaikum...



"Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be

And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close"

Bila Chris Medina yang menyanyikan lagu ini kita semua akan faham yang dia benar-benar maksudkannya. Sangat-sangat besar pengorbanan yang telah dia lakukan. Aaaaaaaa. Sedih lagi! Tapi rasa sangat beruntung si gadis bertemu dengan yang sebenar-benarnya lelaki. Rasanya tak salahkan kalau kita ambil iktibar? :)


Jumpa lain entry ya, 
Terimakasih!

Wednesday, April 13, 2011

Detik-detik Terakhir *berjiwa sentimental*


Haii Semua!
Assalamualaikum...


Sedihkan bila dah nak habis belajar? Lagi-lagi bila tinggal berapa hari je lagi nak habiskan sisa-sisa dekat U ni. Serius memang rasa sekejap sangat. Padahal rasa macam baru lepas register je semalam. Cuba bayangkan macam mana hari terakhir jumpa nanti. Mesti sedihkan? 
Tak nak lalui saat-saat tu boleh? Tak sanggup..:( 
So bilamana ada apa-apa je function, apa yang wajib? Bergambarlahkan? hee 
Ni lah hasilnya bila m'suprisekan suspect-suspect yang terlibat. hee 
Sekitar surprise birthday party Wana, Moja, Acab, Murni dan Dingg. hee

















Jumpa lain entry ya, 
Terimakasih!

Friday, February 4, 2011

Eh, TAK PANDAI lagilah!..

Haii Semua!
Assalamualaikum...

Kawan saya tersangatlah kreatif!haha Hish, harap-harap dia tak baca.. Kalau tak kembang semangkuk nanti!hehe Tapi memang teruja sekejap bila tengok (depan mata tau) coklat yang dia buat.. Ish, sedap korang weyhhh! Tak tipu.. Makan banyak pun tak rasa muak.. Okeh, usha link nih: CHOC NYUM NYUM.. Rasa jugak kek buah yang dia buat, pun sedap! Nak jeles boleyy? Kenapalah tak pandai nak buat benda-benda tuh semua lagi.. Dah 23 dah kottt!huu Tak pelah.. Sempat je lagi nak belajar..(ceh nak sedapkan hati) haha 

Ana, curik gambar nih ea ea..haha 
Nampak menarikkan kan?hehe

Pesanan penaja 1: Tak apa... Semua-semua tuh boleh belajar lepas kahwin.. Tak gitu? ;)
Pesanan  penaja 2: Ish.. Mana boleh! Kena start awal.. Nanti tak terkial-kial depan mak mertua.. haha
Pesanan penaja 3: Eh, perlu belajar ke? Bukan dah kahwin nanti kita kerja.. Cari duit lebih sikit, gajikan maid.. Then bila masa kita kena memasak?haha

Entahlah, mungkin kena tunggu sampai seru.. Barulah boleh bersungguh-sungguh buat.. Tak kisah pun nak mengaku tak pandailah nak main masak-masak nih.. Tapi rasa rendah diri jugalah.. Cuma bila fikirkan balik takkanlah kita nak biarkan kita tak reti sampai bila-bila kan? Insyaallah, akan berusaha ke arah itu.. Tak apa,  gigihkan usaha nanti.. Jauh lagi perjalanan nih..;)

Jumpa lain entry ya, 
Terimakasih!

Saturday, January 29, 2011

MENANGIS bila..

Haii semua!
Assalamualaikum..

Ish, entahlah.. Ke tengah beremosi waktu tuh.. Atau mata tiba-taba masuk habuk kot..haha Berjurai-jurailah.. Sadis sangat kisah dan kecekalan si lelaki ini.. Mungkin juga tersentuh bila ada lagi dikalangan manusia zaman sekarang yang bersifat prihatin dan sangat-sangat setia seperti si lelaki dalam video nih.. Beruntung sungguh si perempuan kerana kekasih hatinya sanggup menerima dirinya seadanya.. Cuma kesianla pada si perempuan.. Besar sangat dugaan yang diterimanya.. Kalaulah terjadi pada kita, macam mana pula kita nak hadapi dugaan ni? Mungkin kisah ni boleh kita jadikan sebagai iktibar untuk kita pada hari mendatang.. InsyaAllah...


Jumpa lain entry ya,
Terimakasih!

Tuesday, January 25, 2011

saja SUKA-SUKA


Haii Semua!
Assalamualaikum...


Macam kelakar je mula-mula nak terjah masuk contest nih! Yelaa.. Mana ada bakat pun.. Main nak masuk je kan?haha Ni semua adalah akibat kebosanan yang terlampau dan tak tahu nak buat apa (padahal FYP dok tangguh tak buat lagi) haha So, atas sokongan yang tak terhingga dari roommate tercinta maka terupload lah gambar di bawah..


Hee Perasan je rasanya! Tapi tak apelah.. Bukan rugi apa pun sebab saja je mencuba.. Tak menang pun tak apa.. Sungguh!hehe Cuma cam kelakar jelah bila tengok gambar sendiri kat situ.. Arrrgghh! Malunyelahhhh..huu Tapi tak apelah.. Tebalkan muka untuk dua tiga hari nih..haha 
So, siapa-siapa yang nak tolong LIKE jom usha link nih: hello saya nudz!


Jumpa lain entry ya, 
Terimakasih!

Thursday, January 20, 2011

celebrate lagi YEAY!

Haii Semua!
Assalamualaikum...

Selagi tak habis bulan 1 lagi selagi tu boleh nak celebrate lagi kan?hehe 
  Bila ada vacation dengan geng U diorang pun ambil kesempatan lah nak celebrate sekali dekat sana.. Nak cari kelainan katanya bila dapat buat dekat tepi pantai.. 
Anginnya punyalah kuat, tak tipu!huhu Rasa takut jugaklah mula-mula sebab banyak-banyak pantai yang pernah pergi pun tak kuat sangat anginnya macam kat Teluk Cempedak tuh.. 
Kalau tak silap, tuh kira first time lah datang ke situ.. Tapi best jugak nak jadi tempat-tempat membuang masa atau dalam kata yang lebih sopan lagi melepak!hehe 
Cuma yang datang tu tak berapa ramailah sebab yang ada pun kitaorang je..hehe 
Terimakasih yang tak terhingga kepada Juwa, Wana & Una sebab plan this party sampai menjadi.. Terimakasih juga untuk Mad Jed & Ain sebab susah payah tolong belikan kek hijau tuh ye.. ;) Tak lupa jugak Syafiq yang belanja kitorang minum lepas tuh..hehe

Kek hijauuu ituh!
Caption: Happy 23rd Bufday Sarah & Nad

Si penyambut harijadi..hehe

KAMI, si si penyambut harijadi.. ;)

Jom potong kek!! Tapi lepas je snap gambar ni hujan pun turunlah dengan lebat.. 
So, carilah port lain untuk sesi makan-makan.. ;)

 Una dan Mr boyfiee! Gambar-gambar diorang yang lain tak tersnap pun malam tu.. 
Sedih juga! Tapi tak pela.. That moment was always fresh in my mind.. ;)

Jumpa lain entry ya,
Terimakasih!